FALSAFAH DAN PIAGAM


FALSAFAH SEKOLAH

1. Berlandaskan FPK sekolah komited untuk mewujudkan peluang kepada pelajar mengembangkan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi insan seimbang dan harmonis.

2. Mewujudkan peluang dan memastikan pelajar menjadi insan cemerlang yang:-
    • berilmu
    • beriman
    • beramal
    • berdisiplin
    • berperikemanusiaan
    • berakhlak mulia
    • berhemah tinggi &
    • pemikiran kreatif, inovatif serta analitis bagi menjadi warganegara yang bersedia memberi sumbangan      demi kecemerlangan agama, bangsa dan negara

3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kesusilaan timur.


PIAGAM SEKOLAH

1. Mewujudkan suasana persekolahan yang merangsang pengajaran dan pembelajaran cemerlang.

2. Memberi peluang dan layanan seadil-adilnya untuk pelajar mengembangkan aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi menjadi insan seimbang dan harmonis.

3. Membina masyarakat penyayang, luas pembacaan dan perihatin terhadap perubahan.

4. Menuju ke arah zero defect dalam semua aspek:
    • pengurusan masa
    • kurikulum
    • kokurikulum
    • disiplin
    • kebersihan dan keceriaan

5. Komitmen menyeluruh semua warga sekolah dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, ikhlas, mesra dan berkesan.

 
|  SMK Tunku Puan Habsah. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger