SEJARAH, LAGU & LENCANA


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah ditubuhkan sempena nama YTM Tunku Puan Habsah iaitu isteri kepada Gabenor Negeri Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Shahabudin. YTM Tunku ialah puteri kepada Sultan Abdul Hamid dan juga merupakan adinda kepada AllahyarhamYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Upacara perasmian pembukaan sekolah ini diadakan pada 20hb November 1968 dan dirasmikan oleh YTM Tunku Puan Habsah. Sebelum itu, sekolah ini ialah cawangan Sekolah Menengah Perempuan St. George.


LAGU

Sekolah Tunku Puan Habsah
Menabur bakti ilmu diasah
Memimpin warga terserlah
Supaya nama sekolah menjadi gah

Marilah kita semua
Beriman, berilmu, beramal, bertakwa
Ke arah wawasan yang sejiwa
Menjamin masa depan negara

Rajin berusaha pasti maju
Bersama kita menimba ilmu
Sekolah pembentuk prilaku
Untuk menuju ke era baru

Insan harmonis dan seimbang
Itulah harapan yang dipegang
Agar masa depan cemerlang
Menjadi warga sekolah yang terbilang



Sila klik link di bawah untuk melihat lencana sekolah:
 
|  SMK Tunku Puan Habsah. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger